Sekolah Kebangsaan St. Michael atau
nama ringkasnya SK St. Michael (M) Entingan, merupakan sebuah
Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kampung Entingan, Kota Samarahan.
Pada tahun 1949 Encik Dana Ak Kaka ( Ketua Kaum ) dan Encik Subat Ak Emparu (AJK) mencadangkan penubuhan sekolah. Sekolah pertama yang telah didirikan secara bergotong-royong. Sekolah tersebut dinamakan St. Michael & All Angels dan diuruskan oleh Rt. Rev. Peter Howes. Bangunan asal merupakan sebuah bangsal berbumbung dan berdinding atapnipah serta berlantai papan.
Beliau juga berperanan penting dalam penubuhan sekolah ini. James Barry Ak Langkan merupakan guru yang pertama dilantik pada bulan September tahun tersebut - oleh Arch-Deacon Rt. Rev. Arthur William Scotts yang berpangkalan di St. James, Quop. Murid-muridnya berjumlah lebih kurang daripada 30 orang, termasuk dari kampung-kampung yang berdekatan.
St. Michael & All Angels diuruskan oleh Mubaligh Anglika, Rumah Bishop di Kuching. Mereka langsung memperkenalkan sukatan pelajaran yang sempurna sebagai landasan ke arah kecemerlangan pencapaian akademik. Sehingga tahun 1962, Kampung Entingan pada ketika itu ialah satu-satunya kampung yang ada darjah 5 & 6. Justeru murid-murid sejauh Kpg. Plaie turut mendaftar untuk belajar. Mereka tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak Mubaligh St. Thomas, Diocese Kuching. Namun mereka terpaksa menanggung makanan sendiri seperti mana-mana pelajar di kampung Iban atau Bidayuh yang lain pada masa itu.
Mulai awal tahun 1970-an semua sekolah Mubaligh menerima bantuan kerajaan termasuk St Michael, Kampung Entingan lalu digelar Sekolah Rendah Bantuan St. Michael. Guru terlatih yang pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah En. James Singgut dan beliau berkhidmat sehingga tahun 1970-an di samping beberapa orang guru yang dihantar berkhidmat kemudiannya.
Sekarang sekolah sudah banyak menunjukkan kemajuan dari segi akademik dan infrastrukturnya. Lebih-lebih lagi setelah menerima bantuan kewangan dari kerajaan pusat di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi khas untuk sekolah-sekolah mubaligh.
No comments:
Post a Comment